Organisasi ajaran sesat

Gerakan agama baru (GAB, Bahasa Inggeris: new religious movement, NRM), juga dirujuk sebagai organisasi ajaran sesat, adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada suatu keyakinan keagamaan atau suatu gerakan etika, rohani atau falsafah yang masih baru yang bukan merupakan sebahagian dari sebuah aliran keagamaan atau lembaga agama yang mapan.[1] Ia mencakupi berbagai gerakan yang merentasi tahap kuat pemegangan atau anutan berdasarkan pendekatan-pendekatan baru terhadap kerohanian atau agama hingga kepada usaha komunitarian yang menuntut ketaatan serta keakuran yang kuat dalam kelompok yang cukup besar serta jatidiri sosial yang memisahkan para pemeluknya daripada masyarakat umum. Penggnaannya tidak diterima secara universal di antara kelompok-kelompok yang diberikan istilah ini.Dalam bahasa sehari-harian, "organisasi ajaran sesat" sentiasa membawa kepada maksud konotasi yang buruk. Daripada itu, biasanya tiada satu organisasi yang sanggup menerima label ini. Penamaan sesuatu oraganisi sebagai "organisasi ajaran sesat" kadang kala diasiosiasikan oleh pihak yang berkenaan sebagai satu bentuk "diskriminasi" ataupun satu bentuk "hegemoni golongan majoriti", yakni penindasan golongan majoriti terhadap golongan minoriti.Konsep anutan ini datangnya daripada Jepun - melalui kata asal dalam bahasa Jepun, shinshūkyō (新宗教) - suatu istilah yang diwujudkan sebagai menerangkan agama-agama luar aliran utama yang wujud di negara tersebut berikutan tamatnya Perang Dunia Kedua.[2] Konsep ini pula dibawa ke Amerika Syarikat bagi menerangkan beberapa kelompok yang dilihat mempunyai ciri lebih kurang sama di kawasan San Francisco Bay Area pada sekitar tahun 1960an.[3] Ia kemudiannya digunapakai dalam kelompok kecendekiawanan Barat sebagai suatu sinonim berkaitan pentakirfan moden "kultus".[4]